Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M Wangsa Permai, Kepong terletak di kawasan perumahan Apartment Sri Saujana & Saujana Ria. Ia adalah bangunan tinggi perumahan kos rendah yang dibina atas tanah pajakan. Berkedudukan strategik di mana mudah di akses jalan utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR2 dan Sg. Buloh-Kuala Selangor. Taman Wangsa Permai ini dibawah (N38) DUN PAYA JARAS dan (P107) PARLIMEN SUBANG merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


LIVE FB: PROGRAM SHOPEE AFFILIATE

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2021

Perkongsian kali ini adalah hasil gabungan PEDi iaitu PEDi Wangsa Permai, PEDi Desa 1 bersama-sama dalam sesi penerangan berkaitan dengan Program Shopee Affiliate....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : SEXSUAL GROOMING ATAU PENGANTUNAN DALAM TALIAN.

Aktiviti Terkini | 26 November 2021

Perkongsian kali ini., Gabungan 3 PIK iaitu PEDi Wangsa Permai, PEDi Desa 1 dan PEDi Sri Damansara ingin menerangkan berkaitan dengan sexsual grooming atau pengantunan dalam talian....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : CARA MEMBUAT BOUQUET BUNGA

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2021

Perkongsian kali ini., Gabungan 2 PIK iaitu PIK Wangsa Permai dan PIK Desa 1 berkongsi cara untuk menghasilkan bouquet coklat serta memulakan perniagaan di rumah secara kecil-kecilan...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : BERKONGSI TEKNIK PEMASARAN MENGGUNAKAN FB ADS

Aktiviti Terkini | 5 September 2021

Perkongsian kali ini., PIK Wangsa Permai berkongsi teknik pemasaran menggunakan FB Ads . Live ini diadakan di Page Facebook PIK Wangsa Permai walaupon melibatkan kos serta beberapa perkara penting iklan yang dihasilkan berkesan dan mendapat pulangan yang lumayan....baca selanjutnya

“LIVE FB : MASTERCLASS PEMASARAN I CARA MEMASARKAN PRODUK DENGAN STRATEGIK

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2021

Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai mengadakan siaran langsung di Facebook Page Wangsa Permai bersama-sama rakan Pusat Internet Komuniti lain berkongsi berkaitan cara memasarkan produk dengan strategik pemasaran di platform e-dagang Shopee....baca selanjutnya

“LIVE FB : KLIK DENGAN BIJAK (SCAMMER)

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2021

Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai mengadakan siaran langsung di Facebook Page Wangsa Permai mengenai Klik Dengan Bijak yang telah dilancarkan untuk memberi pendedahan tentang penipuan di atas talian....baca selanjutnya

“LIVE FB :BACAAN YASIN BERSAMA GABUNGAN PUSAT INTERNET KOMUNITI ”

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2021

Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai berkolaborasi bersama PIK Desa 1, PIK Seri Damansara, PIK Ampang & PIK Taman Paya Dalam secara langsung di dalam Majlis Bacaan Yassin...baca selanjutnya

“LIVE FB : PAKEJ JARINGAN PRIHATIN”

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2021

Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai telah mengadakan siaran langsung di Facebook Page berkaitan Pakej Jaringan Prihatin yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk golongan B40 yang layak....baca selanjutnya

“TRAVIA RAMADAN - QUIZIZZ”

Aktiviti Terkini | 25 April 2021

Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai telah mengadakan Travia Ramadan bersama-sama ahli yang berdaftar di Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai menggunakan aplikasi Quizizz.Com...baca selanjutnya

“3D SKETCHUP BASIC DESIGN”

Aktiviti Terkini |21 Mac 2021

Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai telah mengadakan Program:Perisian 3d Sketch-Up Basic Design kepada para peserta....baca selanjutnya

“PROGRAM JOM TUISYEN@SPM”

Aktiviti Terkini | Sepanjang bulan Februari

Pusat Internet Komuniti DIGI telah menjalankan program Jom Tuisyen secara dalam talian bersama Calon SPM 2020....baca selanjutnya

LIVE FB/IG – KDB MAKLUMAT PALSU DAN PENIPUAN KEWANGAN

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2021

Mengadakan LIVE STREAMING Klik Dengan Bijak bertajuk maklumat palsu dan penipuan kewangan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti