Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
PI1M Wangsa Permai, Kepong terletak di kawasan perumahan Apartment Sri Saujana & Saujana Ria. Ia adalah bangunan tinggi perumahan kos rendah yang dibina atas tanah pajakan. Berkedudukan strategik di mana mudah di akses jalan utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR2 dan Sg. Buloh-Kuala Selangor. Taman Wangsa Permai ini dibawah (N38) DUN PAYA JARAS dan (P107) PARLIMEN SUBANG merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023BASIC 3D SKETCHUP
Aktiviti Terkini | 20 Disember 2019Para peserta berpeluang untuk menggunakan perisian Sketchup untuk aktiviti senibina seperti rekabentuk senibina rumah dan rekabentuk dalaman rumah....baca selanjutnya
TAKLIMAT YAYASAN HIJRAH SELANGOR
Aktiviti Terkini | 16 November 2019Aktiviti kali ini diadakan sesi taklimat bersama pegawai Hijrah Selangor. Wakil daripada Hijrah Selangor memberi penerangan berkaitan Skim Pinjaman Usahawan kepada komuniti setempat....baca selanjutnya
BENGKEL MIV BERSAMA DTT (KLUSTER GOMBAK)
Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019Program ini bertujuan untuk memberikan taklimat kepada peserta yang terlibat mengenai tugas yang perlu dilakukan dalam menyampaikan dan war-warkan berkenaan saranan kerajaan iaitu myfreeview...baca selanjutnya
TRIVIAL KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 22 September 2019Aktiviti ini sebagai menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia baru-baru ini dan menggalakkan lagi para peserta mengetahui sejarah disebalik kemerdekaan dan fakta-fakta yang berkaitan....baca selanjutnya
BACAAN YASSIN MUSLIMAT & TAKLIMAT MYFREEVIEW
Aktiviti Terkini | 03 Ogos 2019Program ini adalah bagi Majlis Bacaan bersama-sama muslimat serta hebahan kepada semua berkaitan MYTV Freeview & KDB....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2
Aktiviti Terkini | 24 Julai 2019Aktiviti kali ini diadakan di Sek Keb Bandar BAru Sri Damansara 2, Selangor yang melibatkan seramai 180 pelajar bagi tahun 4 & 5 sahaja. Program ini adalah program bersama antara Pusat Internet Kluster Gombak & Petaling Jaya....baca selanjutnya
KUIZ KAHOOT KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019Aktiviti kali ini adalah bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap taklimat berkaitan Klik dengan Bijak seperti Buli Siber, Maklumat Palsu, Oversharing dan lain-lain...baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019Aktiviti kali ini adalah Jamuan Aidilftri sempena sambutan Hari Raya yang sedang diraikan oleh umat Islam sedunia.....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK SRI DAMANSARA 1
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2019Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul serta menerangkan secara terperinci tentang penyalahgunaan internet...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG BERSAMA KRT
Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019Aktiviti kali ini diadakan bersama-sama AJK KRT Pangsapuri Wangsa Permai menyediakan juadah berbuka puasa di Surau berhampiran....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK DESA AMANPURI
Aktiviti Terkini | 09 April 2019Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul serta menerangkan secara terperinci tentang penyalahgunaan internet...baca selanjutnya
TABUNG HAJI KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 06 April 2019Aktiviti kali ini diadakan bersama-sama agensi dari bank Tabung Haji bagi memudahkan urusan perbankan komuniti setempat....baca selanjutnya
CIPTA BISNES KECIL : MINI CUP AISKRIM
Aktiviti Terkini | 19 Mac 2019Aktiviti kali ini diadakan untuk mempelajari membuat aiskrim homemade. Aktiviti ini diadakan bermula pada pukul10 pagi dimana disertai oleh 20 orang peserta....baca selanjutnya
PUZZLE BERKUMPULAN
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019Aktiviti kali ini diadakan untuk menilai tahap kerjasama diantara ahli kumpulan untuk menyiapkan puzzle yang lengkap...baca selanjutnya
DIY KOTAK TERPAKAI (MINI FRAME)
Aktiviti Terkini | 06 Januari 2019Aktiviti kali ini diadakan untuk melihat kreativiti kanak-kanak menghasilkan mini frame menggunakan kotak terpakai....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya