GOTONG-ROYONG SURAU AL-WAHDAH

Aktiviti terkini |19 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Surau Al-Wahdah Apartment Saujana Ria, Taman Wangsa Permai.
Ringkasan Aktiviti :
• Rotong-royong ini diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan kerjasama AJK Surau, kakitangan PEDi dan penduduk setempat.
• Peralatan solat dicuci dan dibersihkan untuk memberikan keselesaan kepada jemaah menggunakan kemudahan surau di masa bulan Ramadan.


Tujuan :
• Mewujudkan kawasan persekitaran surau ini berkeadaan bersih dan teratur untuk digunakan semasa bulan Ramadan yang akan datang.
• Selain itu dapat mengukuhkan lagi talian silaturahim di antara kakitangan PEDi dengan penduduk setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para penduduk berkumpul di perkarangan surau seawal pukul 8.30pagi dan sarapan pagi.
• Kerja-kerja pembersihan dilakukan seperti mengelap almari,vakum karpet, mencuci bahagian berwuduk dll.
• Terdapat peralatan yang rosak dan tidak diperlukan dibuang daripada stor simpanan surau.

Kelebihan Aktiviti :
• Ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara penduduk setempat.
• Memastikan surau berkeadaan bersih dan dapat digunakan bila-bila masa yang akan datang terutamanya solat tarawikh di bulan Ramadan.
• Untuk menarik minat yang lain untuk kolabrasi menjalankan aktiviti bersama-sama PEDi di masa akan datang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :