Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M Wangsa Permai, Kepong terletak di kawasan perumahan Apartment Sri Saujana & Saujana Ria. Ia adalah bangunan tinggi perumahan kos rendah yang dibina atas tanah pajakan. Berkedudukan strategik di mana mudah di akses jalan utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR2 dan Sg. Buloh-Kuala Selangor. Taman Wangsa Permai ini dibawah (N38) DUN PAYA JARAS dan (P107) PARLIMEN SUBANG merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PEDI MERDEKA FIESTA 2023

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2023

Aktiviti kali ini bersempena meraikan Bulan Kemerdekaan ke-66 yang bertemakan Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan...baca selanjutnya

SURI RUMAH MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN (TIKTOK SHOP/AFFILIATE)

Aktiviti Terkini | 9 & 16 Julai 2023

Aktiviti kali ini memberi peluang para peserta mempelajari cara-cara membuka akaun Tiktok Shop dan seterusnya mendaftar sebagai Affiliate Tiktok....baca selanjutnya

TAKLIMAT PEMBIAYAAN MARA BERSAMA USAHAWAN KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2023

Program kali pihak PEDi Wangsa Permai menjemput pegawai dari Pejabat MARA Daerah Kepong/Batu/Segambut untuk memberikan taklimat berkaitan tentang terd berbagai Skim Bantuan Pembiayaan Perniagaan yang ditawar oleh MARA kepada Usahawan Bumiputra...baca selanjutnya

MAJLIS AIDILFITRI PERDANA SAUJANA RIA & SRI SAUJANA

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Program ini anjuran bersama antara JMB, KRT dan Surau Al-Wahdah meraikan sambutan Hari Raya bersama penduduk setempat....baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

Prorgam tadarus ini dijalankan secara atas talian yang diketuai PEDi Desa Satu...baca selanjutnya

PROGRAM MANGKUK TINGKAT RAMADHAN 1444H/2023

Aktiviti Terkini | 2 April 2023

Merupakan Program dana hasil sumbangan daripada badan pertubuhan NGO(setempat),dan disetai dengan kerjasama penduduk setempat dan juga kakitangan PEDi Wangsa Permai....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG SURAU AL-WAHDAH

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2023

Rotong-royong ini diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan kerjasama AJK Surau, kakitangan PEDi dan penduduk setempat....baca selanjutnya

ADVOKASI - KLIK DENGAN BIJAK & QUIZIZZ

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Sesi penerangan Advokasi - Klik dengan Bijak kali ini merangkumi topik Buli Siber, Cybe Grooming, Terlebih Kongsi dan Maklumat Palsu...baca selanjutnya

PROGRAM AKTIVITI DEMOSTRASI PEMADAMAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2023

Anggota bomba memberi taklimat ringkas cara menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran....baca selanjutnya

PROGRAM KDB DI RUMAH ANAK YATIM DAMAI KUANG

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2023

Sesi penerangan Program Klik Dengan Bijak dan penyampaian buklet dan cernderahati kepada para pelajar....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti