INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Informasi Penduduk

Kawasan ini terdiri daripada 2 unit apartment iaitu Apartment Sri saujana dan Saujana Ria. Masing-masing terdiri daripada 240 unit dan 510 unit. Ia adalah terdiri daripada penduduk tetap & penyewa luar. Terdapat dua persatuan yang bergiat aktif iaitu rukun tetangga (KRT) yang di Pengerusikan oleh Saudara Badhilah dan Persatuan Surau Al-Wahdah yang dipengerusi kan oleh Saudara Shuhelmi.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

The Waterfront, Desa Park CIty
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Taman Layang-Layang
Taman Botani Kepong

Tempat Makan Yang Menarik

Restoran Sate Kajang
Burger Bakar Abang Burn
Restoran Abdul Briyani
Restoran Murni
Kemudahan Awam
Kepong Sentral KTM
Klinik Kesihatan Taman Ehsan
Balai Polis Desa Jaya
Desa Park City Medical Center
Pendidikan
Kolej Metro Prima
SK Desa Aman Puri
SMK Kepong Baru
SMK Agama Kuala Lumpur
Kisah Kejayaan

NUR NAJLAA RIDHWAH MOHD RUZAINI
Celik IT

Umur:
14 tahun

FB:
Nur Najlaa Ridhwah

Keahlian PEDi:
24/9/2016

Kisah Kejayaan:
Nur Najlaa merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damansara, Selangor Darul Ehsan. Beliau merupakan salah seorang ahli PEDi yang berpotensi untuk berjaya. Beliau juga sering kali menghadiri kelas ICT dan aktiviti bulanan anjuran PEDi dalam menguasai penggunaan komputer lebih luas dan berhemat.Bersama-sama itu juga beliau secara positif membantu rakan-rakan dengan berkongsi ilmu ICT dengan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum adanya PEDi, beliau hanya mendapat pendedahan komputer hanya di sekolah tetapi tidak secara meluas dan terperinci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan menghadiri PEDi beliau dapat meningkatkan lagi penguasaan dalam ilmu ICT. Selain itu, beliau dapat mempraktiskan lagi kemahiran dalam bidang ICT dan teknologi maklumat.Beliau dapat mempelajari secara mendalam perisian seperti Ms Office seperti MS Word,Excel,MS Power Point & juga Paint.Turut memenangi tempat kedua di dalam cabaran melukis menggunakan Paint untuk aktiviti bulanan anjuran PEDi.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Menambah ilmu pengetahuan dalam penggunan komputer
- Mempelajari Ms. Office,Paint & Movie Maker.
- Mendapat bimbingan dalam menggunakan komputer secara berhemah.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Nur Najlaa Ridhwah Mohd Ruzaini:

Antara kelas ICT yang dihariri oleh beliau pada setiap hujung minggu.

Beliau memenangi tempat kedua di dalam Pertandingan Melukis – MS Paint(Aktiviti Bulanan PI1M Nov 2016)

Keusahawanan

NOORIZAN ABD AZIZ
Keusahawanan

Umur:
37 tahun

Email:
izannoor163@gmail.com

FB:
Usapan Sakti

Whatsapp:
+60 18223 3683

Keahlian PEDi:
3/9/2016

Bentuk Perniagaan:
Beliau mengusahakan perkhidmatan urutan tradisional bergerak.(mobile)

Kisah Kejayaan:
Puan Noorizan seorang usahawanita yang memiliki kemahiran mengurut secara tradisional menawarkan pelbagai pakej urutan mengikut kehendak pelanggan seperti urutan iktiar hamil,pakej wanita berpantang dan lain-lain.Selain itu beliau juga giat menghadiri kursus spa & rawatan kecantikan anjuran badan-badantertentu untuk menambah baik mutu perkhidmatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum adanya PEDi, beliau hanya menggunakan laman sosial untuk berhubung sesama rakan taulan melalui akaun peribadinya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan menghadiri PEDi beliau dapat meningkatkan lagi penguasaan dalam ilmu ICT.Beliau dapat mempelajari perisian seperti Ms Office seperti MS Excel untuk mempelajari ilmu menyediakan iklan untuk mempromosikan lagi pakej perkhidmatan beliau tawarkan.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Menambah ilmu pengetahuan dalam penggunan komputer.
- Mempelajari MS. Office & membina 'page website'.
- Memdapat bimbingan dalam menggunakan komputer secara berhemah.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Noorizan Abd. Aziz