PROGRAM AKTIVITI DEMOSTRASI PEMADAMAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Aktiviti terkini |26 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Di Perkarangn Pedi Desa 1
Ringkasan Aktiviti :
• Anggota bomba memberi taklimat ringkas cara menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
• Demostrasi cara-cara menggunakan pemadam api dengan betul.
• Beberapa orang awam diberi peluang untuk mencuba sendiri menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran.
• Jamuan untuk pasukan bomba dan AJK yg disediakan oleh kakitangan PEDi.
• Penyampaian cenderamata kepada pasukan bomba Balai Sungai Buloh sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari wakil PEDi atas kerjasama yang diberikan.


Tujuan :
• Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang langkah-langkah atau tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Melatih orang awam agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
• Mendidik dan memyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua orang awam agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.
• Selain memperkasakan komuniti dengan penggunaan internet dan keselamatan siber, PEDi juga berfungsi sebagai agen penyampai maklumat setempat. Dengan penganjuran aktiviti seperti ini dapat bantu orang awan menghadapi bencana kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

Kelebihan Aktiviti :
• Langkah langkah keselamatan bagi mencegah daripaada kebakaran berlaku.
• Memberi kesedaran kepada orang awam agar sentiasa bersedia mengahadapi sebarang kemungkinan bencara kebakaran.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :