KDB TALK & TUPPERWARE HI-TEA

Aktiviti terkini |30 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
CyberHall PEDi Wangsa Permai
Ringkasan Aktiviti :
• Demo Tupperware ( Dewasa & Remaja )
• KDB Talk ( Dewasa, Remaja & Kanak-kanak )
• KDB Word Search ( 12 Tahun kebawah )
• Cabutan Bertuah ( Dewasa, Remaja & Kanak-kanak )


Tujuan :
• Sesi demonstrasi penggunaan peralatan jenama Tupperware bagi memudahkan kerja-kerja memasak seharian.
• Turut mengadakan sesi Klik dengan Bijak di mana petugas PEDi & MIV memberikan penerangan bahaya penyebaran maklumat di media sosial dan penggunaan internet secara selamat dan berhemah.
• Program ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara petugas PEDi dengan penduduk setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini adalah kerjasama salah satu usahawan komuniti dalam memperkenalkan produk jenama Tuppereware dalam mendemonstrasi cara-cara penggunaan yang betul produk tersebut bagi mengelakkan kerosakan dan sebarang kecederaan.
• Ia juga bagi memberikan kesedaran kepada pengguna media sosial untuk semua peringkat umur berkaitan bahaya jika terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial.
• Penutup program terdapat sesi cabutan bertuah diadakan bagi para peserta yang menyertai dari awal sehingga prorgam tamat dijalankan.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu para usahawan tempatan meluaskan lagi rangkaian perniagaan ke peringkat yang lebih meluas.
• Menyebarkan kesedaran kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial.
• Kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan diharap dapat lagi menarik minat komuniti untuk bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan oleh PEDi di masa akan datang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :