PROGRAM INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN BERSAMA KOMUNITI TAMAN WANGSA PERMAI

Aktiviti terkini |6 November 2022

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Surau Al-Wahdah Wangsa Permai
Ringkasan Aktiviti :
• Saringan Kesihatan yang berumur 30 tahun ke atas
• Booth Jualan (Makanan/Barangan)
• Booth Klik Dengan Bijak & Kitar (Mobile E-Waste)
• KDB Kuiz Teka Silang Kata


Tujuan :
• Pemeriksaan kesihatan dijalankan bertujuan mengetahui tahap kesihatan masing-masing.
• Program saringan kesihatan untuk memudahkan kepada individu yang sukar untuk keluar mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik.
• Terdapat juga booth jualan diadakan untuk memberikan peluang kepada para usahawan menjana pendapatan tambahan.
• PEDi turut mewar-warkan program KBD & Kitar (Mobile-waste) kepada masyarakat setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Antara jenis pemeriksaan kesihatan yang dijalankan berat badan, tekanan darah, kencing manis, tahap kolestrol, dan kanser pangkal rahim.
• PEDi menjalankan program Penjenamaan Semula Mobile E-waste iaitu KITAR untuk kesedaran komuniti terhadap kesan pembuangan peranti menggunakan saluran yang betul.

Kelebihan Aktiviti :
• Program pemeriksaan ini sangat-sangat dialu-alukan untuk bagi bersama-sama melahirkan masyarakat yang cakna berkaitan kesihatan diri dan keluarga.
• Kolabrasi antara pihak Surau, KKM dan PEDi juga adalah untuk menarik minat lebih ramai komuniti sertai aktiviti yang dijalankan.
• Bagi penjenamaan program KITAR ini pula,bermatlamat untuk mengukuhkan dan menambah baik lagi program berkenaan dalam menyemarakkan semangat menyumbang kembali peranti yang rosak ke saluran yang betul dan menyemai budaya kitar semula.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :