PROGRAM INSIATIF PEDULI RAKYAT HIJRAH SELANGOR

Aktiviti terkini |2 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Desa Satu
Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti kali ini merupakan Program Insiatif peduli Rakyat Hijrah Selangor di mana ia adalah program kerjasama di antara Hijrah Selangor yang melibatkan beberapa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia seperti PEDi Desa Satu, PEDi Sri Damansara dan PEDi Ampang.


Tujuan :
• Ini adalah sesi taklimat daripada wakil Hijrah Selangor berkaitan pakej-pakej skim pembiayaan perniagaan.
• Ia menawarkan beberapa skim modal tambahan kepada usahawan sebagai modal perniagaan dan membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk meceburi bidang perniagaan.
• Program ini untuk membantu para peniaga meningkatkan pendapatan dan mengembangkan lagi perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi taklimat mengenai skim-skim Hijrah Selangor disampaikan oleh Encik Muhammad Ihsan Bin Muhammad Rosdi Kamal.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu para peniaga mendapatkan modal perniagaan bagi meningkatkan hasil jualan dan pendapatan usahawan setempat.
• Memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.
• Betujuan bagi menaiktaraf kehidupan dan ekonomi menerusi janaan pendapatan melalui kemahiran sendiri.
• Memberi latihan asas kepada usahawan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :