PROGRAM MANGKUK TINGKAT 4.0 [ISRAJ MIRAJ & NISFU SYAABAN

Aktiviti terkini |2 April 2022

Tempat Aktiviti:
Di hadapan Premis PEDi Wangsa Permai
Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti kali ini adalah Program Mangkuk Tingkat 4.0 sempena sambutan Israj & Miraj dan Nisfu Syaaban.
• Ia adalah program gabungan bersama-sama para penduduk Pangsapuri Saujana Ria dan Sri Saujana bersama PEDi Wangsa Permai


Tujuan :
• Ia bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah di antara petugas dengan penduduk setempat
• Bersama-sama menghayati sifat kebersamaan di mana terdapat agihan makanan percuma seperti Nasi Beryani,Ayam Masak Merah dan Gulai Daging kepada para penduduk.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para petugas bersama-sama penduduk menyediakan beberapa perkara sebelum prorgam berlangsung seperti membungkus hadiah cabutan bertuah, hadiah tema pakaian terbaik (Arabic) , photobooth dan tapak agihan makanan.
• Para penduduk diagihkan makanan berkonsep mangkuk tingkat di mana perlu hadir dan membawa makanan percuma menggunakan mangkuk tingkat masing-masing.
• Seterusnya para penduduk digalakan bergambar di photobooth untuk pertandigan tema pakaian terbaik (Arabic) sebelum bersurai ke kediaman masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat berkongsi rezeki dengan agihan makanan secara percuma kepada para penduduk setempat.
• Bersama-sama menghayati makna peristiwa Israj & Miraj dan Nisfu Syaaban di kalangan penduduk setempat.
• Ia adalah salah satu peluang mempromosikan lagi kelas ICT,usahawan serta program yang PEDi jalankan buat penduduk setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :