PROGRAM MANGKUK TINGKAT RAMADHAN 1444H/2023

Aktiviti terkini |2 April 2023

Tempat Aktiviti:
Hadapan Kedai Beriani Ketaq, Apartment Saujana Ria, Taman Wangsa Permai
Ringkasan Aktiviti :
• Merupakan Program dana hasil sumbangan daripada badan pertubuhan NGO(setempat),dan disetai dengan kerjasama penduduk setempat dan juga kakitangan PEDi Wangsa Permai.
• Aktiviti mengaihkan juadah berbuka kedalam bekas yang diminta untuk dibawa sendiri oleh penduduk seperti mangkuk tingkat, Tupperware atau sebagainya.


Tujuan :
• Pelaksanaan program ini bertujuan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
• Program ini juga turut membabitkan aktiviti menyantuni mereka yang lebih memerlukan terutamanya golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
• Aktiviti itu juga bertujuan mewujudkan kemesraan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para penduduk berkumpul di hadapan Kedai beriani ketaq seawal pukul 3.50 petang .
• Warga penduduk beramai -ramai beratur bagi menunggu giliran untuk mendapatkan makanan masing-masing untuk juadah berbuka.
• AJK program menjalankan agihan juadah dengan mengisi beberapa jenis juadah yang telah masak kedalam mangkuk tingkat atau Tupperware yang dibawa sendiri oleh para penduduk.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi mesej kesedaran meraikan bulan Ramadan yang mulia dengan norma baharu iaitu elakkan pembaziran makanan.
• Untuk mendekati dan berkongsi rezeki Ramadhan kepada semua masyarakat terutama golongan yang kurang bernasib baik.
• Dapat membina kasih sayang dalam komuniti dan menghidupkan nilai harmoni antara kaum.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :