Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

PI1M Wangsa Permai, Kepong terletak di kawasan perumahan Apartment Sri Saujana & Saujana Ria. Ia adalah bangunan tinggi perumahan kos rendah yang dibina atas tanah pajakan. Berkedudukan strategik di mana mudah di akses jalan utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR2 dan Sg. Buloh-Kuala Selangor. Taman Wangsa Permai ini dibawah (N38) DUN PAYA JARAS dan (P107) PARLIMEN SUBANG merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


MEWARNA ONLINE

Berita Terkini | 13 Disember 2018

Aktiviti kali ini melalui kerjasama bersama Tadika Anakku Pintar (TAP). Seramai 15 kanak-kanak menyertai 1 slot untuk aktiviti Summer Camp yang dianjurkan TAP bersama Pusat Internet....baca selanjutnya

DIGI ACADEMY : DIGI MAKER CAMP 2.0 & GRADUATION DAY

Aktiviti Terkini | 25 - 29 November 2018

Program ini diadakan di Arus Academy, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang petugas Pusat Internet terpilih dan 20 orang pelajar terpilih yang telah menjalani latihan selama 4 bulan telah menyertai Digi Maker Camp 2.0 ini...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL USAHAWAN

Berita Terkini | 04 November 2018

Aktiviti kali ini adalah memberikan peluang kepada usahawan sekitar komuniti berkumpul mengadakan jualan masing-masing di Pusat Internet Wangsa Permai...baca selanjutnya

Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

‘E-LEARNING : JELLY DOODS CHALLENGE’

Berita Terkini | 14 Oktober 2018

Aktiviti bulan ini adalah 'Jelly Doods Challenge'. Ia adalah permainan logik yang memerlukan para peserta menyelesaikan masalah yang diberikan. Terdapat beberapa peringkat.Kemenangan berdasarkan ketetapan waktu dan peringkatan yang tertinggi di antara para peserta....baca selanjutnya

PUZZLE KEMERDEKAAN (E-LEARNING)

Berita Terkini | 02 September 2018

Aktiviti kali ini adalah Pertandingan Puzzle yang bertemakan Kemerdekaan menggunakan Jigsaw Planet....baca selanjutnya

POSTER KEMERDEKAAN (MICROSOFT POWERPOINT)

Berita Terkini | 11 Ogos 2018

Aktiviti kali ini adalah Pertandingan Poster yang bertemakan Kemerdekaan menggunakan Microsoft Office Powerpoint...baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Berita Terkini | 22 Julai 2018

Aktiviti kali ini adalah bersama-sama dengan komuniti setempat di Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Internet Wangsa Permai...baca selanjutnya

TRIVIA RAMADHAN DAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Aktiviti Trivia Ramadhan dijalankan untuk menambah ilmu berkaitan ibadah puasa dengan memberi soalan untuk dijawab kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Untuk mewarna disertai oleh kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M WANGSA PERMAI

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BANDAR BARU SELAYANG

Aktiviti Terkini | 26 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran.....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PERSIAPAN HARI TERBUKA

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Aktiviti kali adalah bersama-sama bergotong-royong menyediakan persiapan menjelang Hari Terbuka yang bakal diadakan pada bulan Mei 2018...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK – NILAI MURNI

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2018

Program ini memberikan pendedahan tentang proses menghasilkan video ringkas menggunakan perisian Microsoft Movie Maker. Peserta juga turut diberi bimbingan teknik lakonan,’story board’,teknik merakam dan lain-lain..baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) HUNTER

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2018

Program adalah menganai taklimat KBD-Klik Dengan Bijak.seterusnya para peserta berpeluang bermain kuiz secara online menerusi aplikasi KAHOOT...baca selanjutnya

PAHLAWAN KERTAS

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2018

Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan bahan terpakai iaitu kertas surat khabar lama. Peserta dipecahkan ikut kumpulan.Satu kumpulan 2 ahli.Ia menuntut kreativiti serta kerjasama yang antara satu sama lain....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti