PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN @ PEDI : REMAJA DAN CINTA

Aktiviti terkini |10 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Wangsa Permai
Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti kali ini merupakan Program Advokasi KafeTEEN@PEDi di mana ia adalah program kerjasama di antara LPPKN dan juga MCMC yang melibatkan beberapa Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) seluruh Malaysia.


Tujuan :
• Ia berfungsi sebagai satu platform bimbingan dan pendidikan dalam membantu para remaja yang berumur 10-24 tahun untuk melalui zaman remaja dengan selesa tanpa ragu-ragu.
• Program ini turut menawarkan perkhidmatan kauseling kepada remaja berkaitan pendidikan seksual dan kesihatan diri mental juga fizikal


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Bersama-sama remaja yang hadir melakukan beberapa senaman ringkasan.
• Seterusnya adalah sesi penerangan dan perbincangan mengenai topik Remaja dan Cinta disampaikan oleh Puan Nur Shuhada Binti Abd Talib dan Puan Umi Kalsom Binti Marjono.

Kelebihan Aktiviti :
• Para remaja tidak digalakkan bercinta diawal usia dan sentiasa mengutamakan pelajaran terlebih dahulu.
• Tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok, menghisap dadah, melepak dan bergaul dengan orang jahat.
• Sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri untuk mengelakkan mengalami stress dan sebarang penyakit.
• Perkongsian tips-tips cara-cara mengatasi stress.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :