LIVE FB/IG – KDB MAKLUMAT PALSU DAN PENIPUAN KEWANGAN

Aktiviti terkini |6 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Page Facebook – Pusat Internet Wangsa Permai
Tujuan :
• Salah satu cara Pusat Internet menjalankan aktiviti secara talian langsung selain daripada mengadakan kelas atau seminar secara fizikal
• Menyampaikan taklimat bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya perkongsian maklumat palsu dan juga waspada dengan penipuan kewangan di dalam talian.
• Memberi maklumat aktiviti penipuan kewangan seperti peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit
• Menarik minat mereka untuk mengenali pusat internet sebagai pusat penyebaran maklumat terkini dan manfaat

Kelebihan Aktiviti :
• Live Stearming dipancarkan secara langsung menggunakan Streamyard dan juga direkod di laman utama Facebook Pusat Internet mendapat tontonan lebih 199 tontonan dan mendapat engagement yang menggalakkan daripada pengikut page Pusat Internet Wangsa Permai

Kelebihan Aktiviti :
• Menerangkan kepada audience untuk menjadi pengguna yang bijak dengan sentiasa menyemak kesahihan sesuatu berita di laman sesawang www.sebenarnya.my sebelum menyebarkan kepada orang lain.
• Mengambil inisiatif untuk menjalankan tanggungjawab bagi membantu masyarakat agar lebih peka dalam menggunakan internet terutamanya yang melibatkan transaksi kewangan, etika dalam menggunakan internet.
• Memberikan pendedahan secara tidak langsung kepada para pengikut dan masyarakat berkaitan pusat internet.
• Menarik minat orang ramai untuk datang dan mengetahui fungsi Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :