HARI TERBUKA PI1M WANGSA PERMAI

Aktiviti terkini | 04 Mac 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Wangsa Permai, Kepong

Tujuan :
• Merapatkan ukhwah di antara kakitangan PI1M bersama masyarakat setempat terutamanya penduduk Apartment Saujana Ria & Tmn Wangsa Permai.
• Sebagai medium untuk memperkenal, mempromosi dan mengukuhkan pemahaman mengenai fungsi Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti dari segi perkhidmatan dan kelas-kelas yang di anjurkan secara percuma.
• Semasa Hari Terbuka kaunter 100 ahli percuma telah dibuka untuk orang ramai mendaftar.

Aktiviti Berkaitan:
• Kakitangan PI1M menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk menarik pengujung menghadiri Hari Terbuka ini.
• Acara dan aktiviti telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi untuk aktiviti sukaneka luaran dan sesi petang untuk aktiviti permainan dalaman.
• Antara aktiviti yang telah diadakan adalah:
1. Sukaneka: Belon Air, Sudu telur, Kasut Tempurung, Getah Straw, Makan Epal, Kupas Epal dan Bowling Kelapa.
2. Ceramah berkaitan KDB dan E-Waste. Diselitkan sekali Pop Kuiz KDB.
3. Aktiviti Dalaman: Jarum Emas, Gubahan Tuala, Games Online, Kolaj dan Pertunjukan Beragam.
• Sebelum upacara pemberian hadiah dan sesi cabutan bertuah, sesi karaoke telah diadakan sementara menunggu pengiraan markah juri untuk Pertunjukan Beragam.
• Majlis upacara pemberian hadiah hamper untuk pemenang setiap permainan dan hadiah cabutan bertuah diadakan sebagai penutup Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Wangsa Permai, Kepong.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Ia sebagai langkah terbaik untuk merapatkan lagi hubungan antara kakitangan Pi1M bersama masyarakat setempat.
• Melalui aktiviti Pop Kuiz: Klik Dengan Bijak (KDB), komuniti dapat menambahkan ilmu tentang penggunaan IT dengan betul. Sekaligus, menambahkan pengetahuan mereka tentang isu-isu penyalahgunaan IT yang semakin berleluasa hari ini.
• Pelbagai aktiviti dan permainan menarik disediakan untuk komuniti sebenarnya telah menarik minat penduduk yang belum menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia untuk turut serta menjadi ahli. Seramai 31 orang ahli baru telah mendaftar secara percuma pada Hari Terbuka kali ini.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :