'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC WORKSHOP 2017'

Aktiviti terkini | 12 - 14 April 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa

Tujuan :
• Memperkenalkan dan memberi pengetahuan dalam bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak/kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu.
• Menggalakkan pelajar untuk berfikir secara logik dan sistematik melalui modul melibatkan pengaturcaraan (coding), pemasangan peralatan elektronik/mekanikal, dan pengendalian robot.
• Meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar.

Aktiviti Berkaitan:
• Program ini akan dibuka kepada pelajarpelajar dari sekolah-sekolah sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang diuruskan oleh Digi, di seluruh Negara yang melibatkan 18 orang pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah.
• Bengkel tiga hari itu, yang dibahagikan kepada dua sesi, melihat pelajar mereka bentuk, memasang dan pengaturcaraan robot mereka sendiri di bawah bimbingan jurulatih yang pakar dalam bidang robotik.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mewujudkan minat di kalangan mereka untuk terlibat dengan kejuruteraan, sains dan teknologi.
• Membantu untuk memupuk kemahiran kejuruteraan, pengaturcaraan komputer, inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar ini.
• Pelajar-pelajar dapat membuat keputusan teknikal yang berkaitan, belajar bagaimana untuk bekerja sebagai satu pasukan, berfikir secara kritis serta menguruskan kemahiran menyelesaikan masalah mereka.

Sekolah & PI1M yang Terlibat :
• SMK Kg Soeharto - PI1M Felda Gedangsa
• SMK Gedangsa - PI1M Desa Satu
• SMA Sg Selisek - PI1M Wangsa Permai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :